logic gate

1)      Write an assembly program to implement the logic operation shown below. Assume that the 12MHz frequency is used.


                        


                        ORG               0H
                        LCALL          FIRST
                        LCALL          SECOND
                        LCALL          THIRD
                        LCALL          LAST

FIRST:           MOV              C,P2.0
                        JNB                P2.1,SKIP
                        CPL                C
SKIP:             ORL               C,P2.2
                        MOV              P3.2,C
                        RET

SECOND:      MOV              C,P2.3
                        ORL               C,P2.4
                        ORL               C,P2.5
                        CPL                C
                        MOV              P1.2,C
                        RET

THIRD:          MOV              C,P2.6
                        ORL               C,P2.7
                        CPL                C
                        ANL               C,/P3.0
                        CPL                C
                        MOV              P1.3,C
                        RET

LAST:            MOV              C,P1.0
                        ANL               C,P1.2
                        ANL               C,P1.3
                        MOV              P1.1,C

EXIT:             SJMP              EXIT
                        END



Wedding Pt.3

Baru-baru nie sy menghadiri upacara pernikahan teman serumah dan juga sepupu di kampung.

ape yang menarik perhatian sy adalah lafaz taklik yang diucapkan oleh pengantin lelaki sebaik shj selesai akad nikah. sebagai contoh:

 “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
advance pulak. sebelum lafaz taklik diucapkan perkara paling utama adakah akad. perkara wajib sesebuah perkahwinan iaitu rukun nikah


  • pengantin lelaki
  • pengantin perempuan
  • wali
  • 2 orang saksi 
  • ijab dan kabul
ok, kite pergi satu per satu mengenai 5 perkara diatas secara basic. untuk detail atau tiada dalam perkata yang saya sebutkan, y'll boleh refer lebih lanjut pada jabatan agama negeri masing2.

Pengantin Lelaki


  1. hendaklah seorang lelaki yang bukan mahram dgn si bakal isteri dan beragama Islam
  2. mengetahui wali dalam perkahwinan tersebut
  3. bukan dalam ihram haji atau umrah
  4. mengetahui bahawa bakal isteri adalah bukan tunangan orang atau isteri orang dan juga sah dijadikan isteri
 Pengantin Perempuan

  1. hendaklah seorang perempuan yang bukan mahram dgn bakal suami dan beragama Islam
  2. bukan dalam ihram
  3. bukan tunangan orang atau isteri orang atau masih dalam idah
Wali

  1. Lelaki Islam yang merupakan muhrim pada pengantin perempuan sebelah bapanya
  2. Baligh
  3. dengan kerelaan sendiri dan bukan dalam paksaan
  4. bukan dalam ihram
  5. tidak fasik
  6. waras
  7. merdeka
Saksi

  1. lelaki Islam
  2. Baligh
  3. waras
  4. boleh mendengar, melihat dan bercakap
  5. adil
  6. merdeka
Ijab dan Kabul

Ijab yang diucapkan oleh wali atau berwakil walikan penolong pendaftar perkahwinan.
"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
Kabul pula diucapkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya.
"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" 


Jadinya, lafaz taklik akan diucapkan oleh pengantin lelaki terhadap pengantin perempuan dihadapan wali dan juga saksi perkahwinan .

Wedding Pt.2

Merisik adalah langkah pertama pihak lelaki dalam proses menjadikan seseorang perempuan itu seorang isteri. dan setelah kata sepakat dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan bagi mempercepatkan proses perkahwinan itu pihak lelaki akan menghantar 'tanda' bermaksud pihak lelaki siap sedia untuk meminang si perempuan dan pihak perempuan siap sedia untuk menerima pinangan tersebut. 

lazimnya, tanda yang akan dihantar adalah berupa sebentuk cincin sebagai tanda bahawa perempuan tersebut merupakan pinangan orang dan HARAM bagi lelaki lain untuk meminang perempuan tersebut dan juga menerima pinangan dari lelaki lain....disini la ramai dikalangan kita akan memanggil status sebagai "single but not available"

masyarakat sekarang biasanya akan menghantar tanda selain daripada cincin berupa manis-manisan seperti kuih, buah, gula-gula atau coklat...bagi yang berkemampuan, hantaran tanda seperti sejadah, kasut dan sebagainya masih boleh digunapakai. walaubagaimanapun ianya hanyalah adat resan masyarakat melayu. 

sebagai tanda setuju dan terima pinangan tersebut, pihak perempuan akan membalas hantaran tanda yang diberi oleh pihak lelaki dengan hantaran yang hampir sama dengan lelaki dengan berlebihan sebanyak 2 hantaran.

hantaran tanda akan menjadi milik si perempuan yang dilamar selagimana ikatan pertunangan tidak diputuskan . jika hujan ditengah hari, maka pihak perempuan haruslah memulangkan semula kesemua hantaran tanda yang diberi kepadanya dengan 1x ganda ataupun bersamaan harganya.

berbincangan diantara kedua-dua keluarga akan dilakukan sewaktu adat bertunang berlangsung. selama mana ikatan pertunangan akan berlaku dan juga tarikh berlangsungnya akad nikah kedua-dua mempelai.

Wedding Pt.1

perkahwinan, antara adat dan juga hukum...
secara ringkasnya perkara ini akan diberitahu secara ringkas-ringkasnya agar sesebuah perkahwinan itu tampak meriah tapi ringkas.

secara umumnya bagi masyarakat melayu sesebuah perkahwinan akan dimulai dengan adat merisik iaitu kunjungan daripada pihak lelaki atau zaman sekarang bakal pengantin sendiri yang datang bertandang berjumpa dengan kedua ibu bapa perempuan bagi menyatakan hasrat meminang. walaubagaimanapun merisik bukanlah upacara rasmi dalam sesebuah perkahwinan.
malah, baru-baru nie tersebar luas berita mengenai tunangan orang tanpa sedar! mcm mane tu??? segala-galanya berlaku jika ada akadnya. sebagai contoh:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"


untuk maklumat lanjut boleh ke sini: tunangan orang
jadi, beware!!!hahahahaha...walaubagaimanapun, ungkapan akad tersebut hendaklah disertakan dengan perbuatan-perbuatan seperti merisik (berjumpa dengan kedua ibu bapa) dan seterusnya.

normally merisik adalah sebahagian daripada penyiasatan terhadap si perempuan samada empunya diri sudah berpunya atau belum dan juga menyatakan hasrat hati keluarga si lelaki untuk menjadikan si perempuan sebagai isteri.

TAPI! merisik adalah adat kaum melayu. dan dalam islam juga adalah digalakkan untuk merisik agar tidaklah bertunang denang tunangan orang...itu adalah HARAM! jadi, sebelum bertunang, pastikan bahawa si perempuan masih single, solo and available yea....=)

50 keistimewaan perempuan_1st chapter

"sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita,
ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorang wanita,
betapa bertuahnya menjadi wanita,
bersyukurlah kerana menjadi wanita."
1. doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. sabda Rasulullah: "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"
2. wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh
3. seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali
4. seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
6. sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
7. haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. jika pada hari pertama haidhnya dia membaca "Alhamdulillah'alaa Kulli halin Wa Astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. sabda Rasulullah SAW: "wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga."
9. sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10. daripada Aisyah RA: "sesiapa yang puji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat kepada mereka, maka m,ereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
to be continued...

Collagen - pt.2

1 fact yang betul2 menarik minat saya untuk menggunaka collagen adalah:


Apabila umur kita meningkat atau mencecah 20 tahun, collagen didalam badan akan mula mengurang. Untuk memngekalkan keremajaan collagen yang hilang perlu diganti. Dan amount of collagen taken daily preferably about 5000mg bersamaan 2-3 shark fins!!! well, it quite impossible for us to take 2-3 shark fins daily.....mahal ooooooo

so, alternatively...boleh aje ke pharmacy2 yang berdekatan dan membeli serbuk pure collagen. dimana serbuk ini boleh dicampur adukkan dengan makanan seharian kita. so, no need on taken extra meal. for example:

on breakfast:

serbuk collagen can be mixed up with your favourite milk

on lunch n dinner:

serbuk collagen also can be mixed with your favourite dishes. make when mixed up, jangan waktu api tengah marak. best when served after masak, atau sewaktu hidang.

remember!!! bile hidangan terletak atas meja tu, make sure la yang makan adalah WANITA. larangan bagi lelaki dan wanita mengandung. tidak digalakkan bagi kanak2.


In 5 days: Dry skin become more lubrication!

7th-14th days: Skin become luster and exquisite!
Female breasts start firm and flexible!

In 1st month: Skin begins moisture and whitening! Hair supply then before!Tightening the uterus and vaginal muscles,enhance the sensual lifestyle between husband and wife!

In 2nd month: Looseness skin become more compact! Improve the melanoma of skin, fine lines, spots, scars, stretch mark!

After 3th month: Body Skin shows more whitening, lubricating and shiny!Female breasts become full, tall and straight flexible!

Stronger our bones and strengthen our hair and nails!
Asta collagen provided us not only the outer beauty but also to our health!
It’s suitable for those who suffering from arthritis and back pain.
Asta collagen is the economic product that not only allows you to resume as the teenage girl with “real tight vagina, breast enhancement, and hip-up”. Repair every inch of your body so delicate as a young girls from head to toe.

(* The effect decides by individual physique.
**The pregnant woman, below 12 years old the child and each kind of serious disease patient please consult doctor.)


Yang paling penting kita umat Islam merangkap warga negara Malaysia adalah simbok KKM dan juga JAKIM...=) so, it safe for us to take this collagen.


NiQuitin

semua org tau merokok membahayakan kesihatan. saya taknak bercerita mengenai bahaya merokok sebab semua org tau mengenai hal ini.

saya nak berkongsi maklumat mengenai NiQuitin iaitu produk yang dikenali untuk memberhentikan merokok dikalangan perokok. apa itu NiQuitin???


menurut sumber dari wikipedia.org NiQuitin adalah satu produk pergantian nikotin (bahan yang terdapat didalam rokok yang menyebabkan perokok begitu ketagih untuk merokok) yang membantu perokok untuk berhenti merokok dengan menggantikan nikotin yang dibekalkan oleh rokok dengan tahap yang rendah dan stabil bagi membentu pemberhentian.


teraputik nikotin didalan NiQuitin secara efektifnya mengurangkan ketagihan nikotin. ini akan menyebabkan pengguna secara beransur-ansur berhenti merokok. walaubagaimanapun, teraputik ini adalah bersifat sementara bagi mereka yang ingin berhenti merokok dalam jangka yang pendek. pemberhentian merokok akan terlaksana secara berterusan bergantung pada individu itu sendiri.

NiQuitin terdapat dalam 3 kategori iaitu dalam bentuk patches, gum dan lozenges.

Collagen - pt.1

sering kali kita terlihat produk2 berasaskan collagen dan baru2 nie, seorang rakan berniaga vitagen collagen.



vitagen biasa: 1 pek (5 botol) = RM3.70 klu beli 3 RM10.50
vitagen less sugar: 1 pek (5 botol) = RM5.00 klu beli 3 RM12.00
vitagen collagen: 1 pek (5 botol) = RM6.00 klu beli 3 RM 15.00


wahh!!! siap promote lagi....tapi pembelian hanya disekitar unimap sahaja yea!!! =) peace no war...


anyway, balik pada collagen...ap itu collagen???


'collagen is fibrous protein which is very important for human and animal body. 30% of protein in the body is collagen. human body consists 6 trillion to 10 trillion cells and collagen palys a role of sticking this cells together and and supplying the cells oxygen and nutrition. as well as its served as a path (passage) that pacilities the tranportation of carbonic acid gas and waste' - collagen australia


so secara ringkasnya collagen adalah sejenis protein yang mampu mengembalikan tenaga dan membantu pertumbuhan cell di dalam badan.


khasiatnya???


secara klinikal yang sy dapat dari internet, collagen mampu mengurang kedutan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. so, kulit akan jadi lebih muda dan berseri....hehehehehe


http://collagenaustralia.com/ u all boleh layari this website just to know the benefit of collagen. if berminat nak beli this product sila but of course it is in dollar australia la....kat malaysia sendiri sgt banyak product berasaskan collagen dan yang terbaru adalah mygirl (http://mygirlfirstclass2u.webs.com/) masih lagi mencari pengedar2 di seluruh malaysia....

all collagen products are the same....di malaysia product2 seperti ini ditujukan khas buat wanita dan sememangnya untuk wanita. WANITA MENGANDUNG & LELAKI DILARANG MAKAN!!! kenapa??? wanita mengandung takut akan membahayakan anak yang dikandung dan lelaki pula kerana product ini mengandungi hormon2 perempuan yang aktif.....terutama salah satu ramuanya yang dikenali sebagai LOBATA...boleh search sendiri kot ape itu lobata =)

that's all for now...maklumat lanjut akan diupdate pada pt.2

Pegawai Latihan Vokasional

ramai yang tak tahu ape sebenarnya pegawai latihan vokasional (plv) atau dalam kata english adalah vocational traning officer (vco)yang bermula dengan tangga gaji J41 di jabatan-jabatan pendidikan kerajaan/badan berkanun/semi kerajaan. tugasan plv di universiti-universiti awam juga hampir menyamai tugasan seorang pensyarah.


berdasarkan deskripsi tugasan plv oleh spa:

1) Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan.

2) Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.

3) Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.

4) Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian "work load" semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.

5) Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan software latihan.

6) Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan.

7) Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.

8) Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan, menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi berkenaan.

9) Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan.

10) Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi Jabatan.

11) Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi.

12) Merancang dan melaksanakan jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.

13) Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

14) Menyelaraskan perhubungan di antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar