Wedding Pt.3

Baru-baru nie sy menghadiri upacara pernikahan teman serumah dan juga sepupu di kampung.

ape yang menarik perhatian sy adalah lafaz taklik yang diucapkan oleh pengantin lelaki sebaik shj selesai akad nikah. sebagai contoh:

 “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
advance pulak. sebelum lafaz taklik diucapkan perkara paling utama adakah akad. perkara wajib sesebuah perkahwinan iaitu rukun nikah


  • pengantin lelaki
  • pengantin perempuan
  • wali
  • 2 orang saksi 
  • ijab dan kabul
ok, kite pergi satu per satu mengenai 5 perkara diatas secara basic. untuk detail atau tiada dalam perkata yang saya sebutkan, y'll boleh refer lebih lanjut pada jabatan agama negeri masing2.

Pengantin Lelaki


  1. hendaklah seorang lelaki yang bukan mahram dgn si bakal isteri dan beragama Islam
  2. mengetahui wali dalam perkahwinan tersebut
  3. bukan dalam ihram haji atau umrah
  4. mengetahui bahawa bakal isteri adalah bukan tunangan orang atau isteri orang dan juga sah dijadikan isteri
 Pengantin Perempuan

  1. hendaklah seorang perempuan yang bukan mahram dgn bakal suami dan beragama Islam
  2. bukan dalam ihram
  3. bukan tunangan orang atau isteri orang atau masih dalam idah
Wali

  1. Lelaki Islam yang merupakan muhrim pada pengantin perempuan sebelah bapanya
  2. Baligh
  3. dengan kerelaan sendiri dan bukan dalam paksaan
  4. bukan dalam ihram
  5. tidak fasik
  6. waras
  7. merdeka
Saksi

  1. lelaki Islam
  2. Baligh
  3. waras
  4. boleh mendengar, melihat dan bercakap
  5. adil
  6. merdeka
Ijab dan Kabul

Ijab yang diucapkan oleh wali atau berwakil walikan penolong pendaftar perkahwinan.
"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
Kabul pula diucapkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya.
"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" 


Jadinya, lafaz taklik akan diucapkan oleh pengantin lelaki terhadap pengantin perempuan dihadapan wali dan juga saksi perkahwinan .

Leave a Reply