Wedding Pt.2

Merisik adalah langkah pertama pihak lelaki dalam proses menjadikan seseorang perempuan itu seorang isteri. dan setelah kata sepakat dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan bagi mempercepatkan proses perkahwinan itu pihak lelaki akan menghantar 'tanda' bermaksud pihak lelaki siap sedia untuk meminang si perempuan dan pihak perempuan siap sedia untuk menerima pinangan tersebut. 

lazimnya, tanda yang akan dihantar adalah berupa sebentuk cincin sebagai tanda bahawa perempuan tersebut merupakan pinangan orang dan HARAM bagi lelaki lain untuk meminang perempuan tersebut dan juga menerima pinangan dari lelaki lain....disini la ramai dikalangan kita akan memanggil status sebagai "single but not available"

masyarakat sekarang biasanya akan menghantar tanda selain daripada cincin berupa manis-manisan seperti kuih, buah, gula-gula atau coklat...bagi yang berkemampuan, hantaran tanda seperti sejadah, kasut dan sebagainya masih boleh digunapakai. walaubagaimanapun ianya hanyalah adat resan masyarakat melayu. 

sebagai tanda setuju dan terima pinangan tersebut, pihak perempuan akan membalas hantaran tanda yang diberi oleh pihak lelaki dengan hantaran yang hampir sama dengan lelaki dengan berlebihan sebanyak 2 hantaran.

hantaran tanda akan menjadi milik si perempuan yang dilamar selagimana ikatan pertunangan tidak diputuskan . jika hujan ditengah hari, maka pihak perempuan haruslah memulangkan semula kesemua hantaran tanda yang diberi kepadanya dengan 1x ganda ataupun bersamaan harganya.

berbincangan diantara kedua-dua keluarga akan dilakukan sewaktu adat bertunang berlangsung. selama mana ikatan pertunangan akan berlaku dan juga tarikh berlangsungnya akad nikah kedua-dua mempelai.

Leave a Reply