50 keistimewaan perempuan_1st chapter

"sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita,
ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorang wanita,
betapa bertuahnya menjadi wanita,
bersyukurlah kerana menjadi wanita."
1. doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. sabda Rasulullah: "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"
2. wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh
3. seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali
4. seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
6. sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
7. haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. jika pada hari pertama haidhnya dia membaca "Alhamdulillah'alaa Kulli halin Wa Astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. sabda Rasulullah SAW: "wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga."
9. sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10. daripada Aisyah RA: "sesiapa yang puji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat kepada mereka, maka m,ereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
to be continued...

Leave a Reply