NiQuitin

semua org tau merokok membahayakan kesihatan. saya taknak bercerita mengenai bahaya merokok sebab semua org tau mengenai hal ini.

saya nak berkongsi maklumat mengenai NiQuitin iaitu produk yang dikenali untuk memberhentikan merokok dikalangan perokok. apa itu NiQuitin???


menurut sumber dari wikipedia.org NiQuitin adalah satu produk pergantian nikotin (bahan yang terdapat didalam rokok yang menyebabkan perokok begitu ketagih untuk merokok) yang membantu perokok untuk berhenti merokok dengan menggantikan nikotin yang dibekalkan oleh rokok dengan tahap yang rendah dan stabil bagi membentu pemberhentian.


teraputik nikotin didalan NiQuitin secara efektifnya mengurangkan ketagihan nikotin. ini akan menyebabkan pengguna secara beransur-ansur berhenti merokok. walaubagaimanapun, teraputik ini adalah bersifat sementara bagi mereka yang ingin berhenti merokok dalam jangka yang pendek. pemberhentian merokok akan terlaksana secara berterusan bergantung pada individu itu sendiri.

NiQuitin terdapat dalam 3 kategori iaitu dalam bentuk patches, gum dan lozenges.

Leave a Reply