NiQuitin

semua org tau merokok membahayakan kesihatan. saya taknak bercerita mengenai bahaya merokok sebab semua org tau mengenai hal ini.

saya nak berkongsi maklumat mengenai NiQuitin iaitu produk yang dikenali untuk memberhentikan merokok dikalangan perokok. apa itu NiQuitin???


menurut sumber dari wikipedia.org NiQuitin adalah satu produk pergantian nikotin (bahan yang terdapat didalam rokok yang menyebabkan perokok begitu ketagih untuk merokok) yang membantu perokok untuk berhenti merokok dengan menggantikan nikotin yang dibekalkan oleh rokok dengan tahap yang rendah dan stabil bagi membentu pemberhentian.


teraputik nikotin didalan NiQuitin secara efektifnya mengurangkan ketagihan nikotin. ini akan menyebabkan pengguna secara beransur-ansur berhenti merokok. walaubagaimanapun, teraputik ini adalah bersifat sementara bagi mereka yang ingin berhenti merokok dalam jangka yang pendek. pemberhentian merokok akan terlaksana secara berterusan bergantung pada individu itu sendiri.

NiQuitin terdapat dalam 3 kategori iaitu dalam bentuk patches, gum dan lozenges.

Collagen - pt.1

sering kali kita terlihat produk2 berasaskan collagen dan baru2 nie, seorang rakan berniaga vitagen collagen.



vitagen biasa: 1 pek (5 botol) = RM3.70 klu beli 3 RM10.50
vitagen less sugar: 1 pek (5 botol) = RM5.00 klu beli 3 RM12.00
vitagen collagen: 1 pek (5 botol) = RM6.00 klu beli 3 RM 15.00


wahh!!! siap promote lagi....tapi pembelian hanya disekitar unimap sahaja yea!!! =) peace no war...


anyway, balik pada collagen...ap itu collagen???


'collagen is fibrous protein which is very important for human and animal body. 30% of protein in the body is collagen. human body consists 6 trillion to 10 trillion cells and collagen palys a role of sticking this cells together and and supplying the cells oxygen and nutrition. as well as its served as a path (passage) that pacilities the tranportation of carbonic acid gas and waste' - collagen australia


so secara ringkasnya collagen adalah sejenis protein yang mampu mengembalikan tenaga dan membantu pertumbuhan cell di dalam badan.


khasiatnya???


secara klinikal yang sy dapat dari internet, collagen mampu mengurang kedutan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. so, kulit akan jadi lebih muda dan berseri....hehehehehe


http://collagenaustralia.com/ u all boleh layari this website just to know the benefit of collagen. if berminat nak beli this product sila but of course it is in dollar australia la....kat malaysia sendiri sgt banyak product berasaskan collagen dan yang terbaru adalah mygirl (http://mygirlfirstclass2u.webs.com/) masih lagi mencari pengedar2 di seluruh malaysia....

all collagen products are the same....di malaysia product2 seperti ini ditujukan khas buat wanita dan sememangnya untuk wanita. WANITA MENGANDUNG & LELAKI DILARANG MAKAN!!! kenapa??? wanita mengandung takut akan membahayakan anak yang dikandung dan lelaki pula kerana product ini mengandungi hormon2 perempuan yang aktif.....terutama salah satu ramuanya yang dikenali sebagai LOBATA...boleh search sendiri kot ape itu lobata =)

that's all for now...maklumat lanjut akan diupdate pada pt.2

Pegawai Latihan Vokasional

ramai yang tak tahu ape sebenarnya pegawai latihan vokasional (plv) atau dalam kata english adalah vocational traning officer (vco)yang bermula dengan tangga gaji J41 di jabatan-jabatan pendidikan kerajaan/badan berkanun/semi kerajaan. tugasan plv di universiti-universiti awam juga hampir menyamai tugasan seorang pensyarah.


berdasarkan deskripsi tugasan plv oleh spa:

1) Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan.

2) Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.

3) Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.

4) Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian "work load" semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.

5) Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan software latihan.

6) Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan.

7) Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.

8) Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan, menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi berkenaan.

9) Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan.

10) Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi Jabatan.

11) Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi.

12) Merancang dan melaksanakan jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.

13) Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

14) Menyelaraskan perhubungan di antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar